Ebook ini adalah langkah ke dua selepas anda menyiapkan kedai anda. Sebelum anda tarik trafik naikkan view, anda perlu sediakan kedai anda untuk ada promosi atau offer yang baik. Anda perlu kenali tools marketing yang shopee sediakan untuk bina strategi pemasaran anda.
Dah sedia dengan promosi dan offer, kita akan belajar bagaimana nak sampaikan maklumat penting di page kedai contohnya sedang offer, apa komponen yang sesuai untuk digunakan dalam shop decoration.
Ya. Kita akan belajar dekorasi kedai. Bukan sahaja untuk cantik dan kemas, tetapi penting juga untuk sampaikan maklumat. Dalam ebook ini, anda juga belajar beberapa perkara atau tools yang boleh menarik trafik ke kedai anda dengan kos percuma. Sesuai bagi yang belum ada modal yang banyak untuk buat pemasaran.